Khamis, Julai 17, 2014

Salam sastera kepada semua.

Setelah sekian lama melupai laman ini, malam ini saya kembali setelah ditanya oleh seorang kawan kenapa tidak aktifkan kembali blog yang sedia ada. Mengapa tidak kalau saya temui kembali kata laluan yang seakan sudah jauh pergi dari ingatan saya. Tapi ternyata tidak. Kata laluan itu rupa-rupanya sama dengan apa yang senantiasa saya gunakan.

Kepada para blogger di luar sana, sudi-sudilah berkongsi pengalaman, idea atau apa sahaja yang membina yang boleh memperbaiki diri kita. Saya mengalu-alukan idea bernas anda untuk dikongsikan bersama. Biar kita semua mendapat kebaikan dari apa sahaja perkara baik yang kita lakukan.

Sekian untuk kali ini. Selamat bertemu semula para blogger.


Terima kasih.

Khamis, Januari 22, 2009

EMPANGAN PERPADUAN

Di sini
ditemukan air
dari pelbagai punca
saling bekerjasama
mengumpul daya
memusarkan tenaga
membekalkan permai
kepada ramai.


Bayangkanlah,
jika empangan ini pecah
banjir bencana
pasti melimpahkan susah.



Za’aba
PUTERA, Miri,
Sarawak
April 1997

(Dipetik daripada Anotologi Puisi "Salam Dari Teluk)

PENGALAMAN

Tanpa benih permulaan
tiadakan berpucuk
pohon pengalaman

Bermain hujan pengalaman
adalah basah
yang menyeronokkan

Dihempas ombak pengalaman
adalah gelora
yang mencemaskan

Pengalaman
adalah guru yang setia
memberikan peringatan
di sekolah kehidupan


Za'aba
PUTERA, Miri
Sarawak
April 1997


(Dipetik daripada Anotologi Puisi "Salam Dari Teluk)